Friday, June 24, 2005

batikchantingss..??...

ermm...salam everibadiss....sambil2 nak relax my mind and my physical ni...i just create this post... and probably this post is quite different laaa with the previous posts before... Lets spend a splitting second of time to read what is batikchanting all about...(xdelaa all about pon...heheheh...) which has been used as my blog's name....probably org dah tau tapi....x kesahlaa...

a few days back, there's one of my fren asked me what is batikchanting??.... well, the correct spelling is "batik canting"....tp i prefer to use batikchanting with alphabet "h" in the middle of the word canting tuss....sbb mcm chanteeekss je bunyi nye..hihihi....:D Anyway, x kesah la how to spell the word, but the most important is, i do love those batiksss very2 much!!... the design itself really reflects something yg tersendiri... tema batik pon byk...and me myself bukan la bagus pon bab2 batik's themes yg available dlm donia pesyen-mesyen ni.... but as for me, i love design yg motifnye original batik...either yg berunsur kejawa2anss tu....or yg most of the time terterap pd kain2 sutera tuss...giller la chantekss...


So as to share the knowledge, i just paste the article which i found masa browseing internet ari tu....




Sistem mencanting bersepadu bantuan komputer

SISTEM Mencanting Bersepadu Berbantukan Komputer (ICATS) ialah sebuah sistem untuk menghasilkan pelbagai corak batik menggunakan perisian grafik komputer. Sistem yang melakukan proses mencanting secara automatik ini membantu pengusaha batik untuk menghasilkan corak batik bermutu pada kos yang lebih rendah. ICATS dilengkapi dengan tiga sub-system iaitu Perisian Rekabentuk Grafik, Sistem Kawalan dan Mesin Mencanting. Perisian Rekabentuk Grafik dilengkapi kemudahan melukis secara digital yang membolehkan seseorang pereka melukis secara bebas corak batik yang baru dengan menggunakan pen grafik.

Alat kawalan pula menerima sesuatu corak dari perisian rekabentuk grafik dan menukarkannya kepada bentuk arahan untuk mesin mencanting. Arahan supaya mesin bergerak dan alat mencanting dikeluarkan serentak untuk mendapatkan pergerakan yang dikehendaki. Alat mekanikal yang disambung secara digital kepada sistem kawalan untuk melakukan proses mencanting, mempunyai keupayaan untuk mencanting corak yang direka kepada kain dengan tepat dan secara automatik.

Penggunaan ICATS mampu meningkatkan produktiviti kerana satu corak hanya perlu dibuat sekali untuk beberapa helai kain. Corak yang disimpan dalam komputer boleh dikeluarkan dan digunakan lagi dalam pembuatan corak baru.

Ini bermakna masa yang perlu diambil untuk menghasilkan corak baru boleh dikurangkan. Proses membubuh lilin pula boleh dilaksanakan terus menerus tanpa henti untuk membersihkan dan menambah lilin manakala kelajuan membubuh lilin pula boleh dipercepatkan.

Dipetik dari ESTIDOTMY ONLINE

After all....todays technology did help us a lot, rite??...

No comments:

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

pergilah melancongss!!